Saturday 12 January 2013

REVOLUSI SEORANG DATO’ SITI NURHALIZA

 

Revolusi seorang Dato’ Siti Nurhaliza. Tajuk nak bombastik je kan. Mestilah. Kalau tajuk cliché sangat mana ada orang nak baca kan. Tidak dinafikan aku juga merupakan antara jutaan peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang. Lagu ‘ kesilapanku keegoanmu’ , ‘ bukan cinta biasa’, ‘ bisakah’, ‘ aku cinta padamu’, dan seumpamanya sering menjadi halwa telinga time bosan-bosan. Jom tengok apa revolusi seorang Dato’ Siti Nurhaliza dari awal pembabitan beliau dalam dunia seni sehingga sekarang.

 

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin(lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato'. Berikut merupakan gambar Siti Nurhaliza dari dulu hingga sekarang.

1995

1996

1997

1998

2002

2004

2005

2007

2010

2011

 

Dato' Siti Nurhaliza

2012

 

DAN YANG TERKINI . HARUSLAH YANG PALING CANTIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

 

2013

 

Tahniah Dato’ Siti dah bertudung litup sekarang. Ini gambar pada sambutan kelahiran beliau ke 34 pada 11 Januari 2013 baru-baru ini. Sekaligus beliau membuat keputusan untuk bertudung litup. Para peminat beliau di luar sana mesti gembira dengan perubahan ini bukan ? Aku pun senyum-senyum je depan laptop bila tengok gambar Dato’ Siti bertudung litup. Memang cantik, menarik , tertarik kau memang daboom. hikhik.

 

Semoga Dato’ Siti istiqomah dalam bertudung litup. Amenn.. Cepat ramai-ramai aminkan. hikhik. =)

 

Sumber

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini.