Monday 4 February 2013

OST DEBUNGA LALANG TV3-DEWI CINTA(ADIRA)

 

LIRIK LAGU OST DEBUNGA LALANG-DEWI CINTA(ADIRA)

 

Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersamaku
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diriku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangimu

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat

ost debunga lalang tv3

Sunday 3 February 2013

Majlis Perkahwinan Liyana Jasmay Papadom

 

Semalam tengok gambar majlis perkahwinan Liyana Jasmay Papadom. Sangat meriah majlis perkahwinan Liyana Jasmay. Aku pulak memang peminat Liyana Jasmay kalau nak tahu. Dari berlakon sehinggalah Liyana Jasmay jadi penyanyi. Lagu cinta bersatu Liyana Jasmay best . Hehe. Filem Papadom Liyana Jasmay pulak aku tengok sampai dua tiga kali.

 

Pada 2 Februari 2013, Liyana Jasmay telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Fathuddin Mazlan, 28 dengan wang hantaran berjumlah RM28, 322. Majlis ini berlangsung di Hotel Seri Pacific. Alhamdulillah, semoga Perkahwinan Liyana Jasmay dan pasangan kekal ke akhir hayat. Ameen.. Sebagai peminat Liyana Jasmay, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk beliau yer. :p

 

 

 

 

 

 

P/s : Bila tengok majlis perkahwinan Liyana Jasmay atau artis lain, rasa macam sangat excited. Macam sekarang juga nak kawin. Hikhikhik :p

 

Sumber

Sunday 13 January 2013

Tips Blogger Baru Setahun Jagung

 

Harini saya nak berkongsi tips blogger baru setahun jagung seperti saya untuk korang. Kau baru 3 hari buat blog dah berlagak nak kongsi tips. Mungkin betul saya buat blog baru 2 3 hari tapi sebelum terlahirnya blog tergedik.blogspot.com ini semestinya saya dah survey terlebih dahulu apa yang saya perlu lakukan (comel kan nama blog saya). Bukan macam sesetengah orang yang suka mengamalkan konsep dia buat aku pun nak buat. Memang tak kemana la. Ah aku bercakap macamlah aku hebat sangat. =p

 

Blogwalking
Nak tambahkan followers mestilah rajin blogwalking. Camne orang nak kenal awak kalau awak terperap je dirumah sendiri. Anda kena rajin menziarahi rumah orang. Barulah orang kenal siapa anda.

 

Blog simple
Saya kalau blogwalking mesti termasuk dekat blog yang macam disko. Penuh dengan lampu liplap liplap. Ada bintang jatuh berguguran. Custor pun berkelip-kelip. Kelas sangat pencipta blog ini. Mungkin anda suka tapi anda buat blog supaya orang suka masuk dan baca penulisan anda bukan. So, jangan jadi individualistik. Jadikan blog anda simple tapi menarik.

 

Blog muzik
Sesetengah blog memang ada diletakkan lagu didalam blog. Saya tak cakap lagu itu salah. Kalau boleh letak lagu yang boleh dipause. Memudahkan pembaca nak pause lagu tu kalau dia tak suka. Anda mungkin suka lagu itu, tapi orang lain bukan macam anda. Kalau saya, lagu yang saya tak jumpa butang pause saya terus je tekan close tab. biar rasa lagi. ha3

 

Blog komen
Pastikan ruangan komen di blog anda tiada word verification sebab benda tu annoying gila kot. Saya benci tapi tak tahu la kalau anda suka. suka ke ? haha. kalau tak suka cepat-cepat setting balik . kasi buang sama itu word verification. Benci la nak kena masukkan tulisan berputar belit terlilit lilit tu kalau nak komne. Nanti salah masuk kena cuba lagi sampai berjaya. ei sakit pulak hati kita nie. =p

 

Blog ringan
Sebelum apa-apa, cuba awak check dulu berat blog awak. saya tak check pun lagi berat blog saya sebab saya rasa blog saya dah ringan kot. kihkih. saya perasan kan. make sure loading blog awak 4-5 saat sahaja. lagi cepat lagi bagus sebenarnya. tadi saya kira loading blog saya 5 saat sahaja. cepat gila. Blog anda berapa saat? mesti 1 minit kan. hihi.

 

Blog widget
Make sure letak widget yang mana perlu sahaja di blog. Jangan letak widget yang mengarut meraban orang tengok pun menyampah. Lagi banyak widget dalam blog, lagi berat blog. lagi lama loading blog. seramnya.