Monday 4 February 2013

OST DEBUNGA LALANG TV3-DEWI CINTA(ADIRA)

 

LIRIK LAGU OST DEBUNGA LALANG-DEWI CINTA(ADIRA)

 

Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersamaku
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diriku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangimu

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat

ost debunga lalang tv3

Sunday 3 February 2013

Majlis Perkahwinan Liyana Jasmay Papadom

 

Semalam tengok gambar majlis perkahwinan Liyana Jasmay Papadom. Sangat meriah majlis perkahwinan Liyana Jasmay. Aku pulak memang peminat Liyana Jasmay kalau nak tahu. Dari berlakon sehinggalah Liyana Jasmay jadi penyanyi. Lagu cinta bersatu Liyana Jasmay best . Hehe. Filem Papadom Liyana Jasmay pulak aku tengok sampai dua tiga kali.

 

Pada 2 Februari 2013, Liyana Jasmay telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Fathuddin Mazlan, 28 dengan wang hantaran berjumlah RM28, 322. Majlis ini berlangsung di Hotel Seri Pacific. Alhamdulillah, semoga Perkahwinan Liyana Jasmay dan pasangan kekal ke akhir hayat. Ameen.. Sebagai peminat Liyana Jasmay, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk beliau yer. :p

 

 

 

 

 

 

P/s : Bila tengok majlis perkahwinan Liyana Jasmay atau artis lain, rasa macam sangat excited. Macam sekarang juga nak kawin. Hikhikhik :p

 

Sumber

Sunday 13 January 2013

Tips Blogger Baru Setahun Jagung

 

Harini saya nak berkongsi tips blogger baru setahun jagung seperti saya untuk korang. Kau baru 3 hari buat blog dah berlagak nak kongsi tips. Mungkin betul saya buat blog baru 2 3 hari tapi sebelum terlahirnya blog tergedik.blogspot.com ini semestinya saya dah survey terlebih dahulu apa yang saya perlu lakukan (comel kan nama blog saya). Bukan macam sesetengah orang yang suka mengamalkan konsep dia buat aku pun nak buat. Memang tak kemana la. Ah aku bercakap macamlah aku hebat sangat. =p

 

Blogwalking
Nak tambahkan followers mestilah rajin blogwalking. Camne orang nak kenal awak kalau awak terperap je dirumah sendiri. Anda kena rajin menziarahi rumah orang. Barulah orang kenal siapa anda.

 

Blog simple
Saya kalau blogwalking mesti termasuk dekat blog yang macam disko. Penuh dengan lampu liplap liplap. Ada bintang jatuh berguguran. Custor pun berkelip-kelip. Kelas sangat pencipta blog ini. Mungkin anda suka tapi anda buat blog supaya orang suka masuk dan baca penulisan anda bukan. So, jangan jadi individualistik. Jadikan blog anda simple tapi menarik.

 

Blog muzik
Sesetengah blog memang ada diletakkan lagu didalam blog. Saya tak cakap lagu itu salah. Kalau boleh letak lagu yang boleh dipause. Memudahkan pembaca nak pause lagu tu kalau dia tak suka. Anda mungkin suka lagu itu, tapi orang lain bukan macam anda. Kalau saya, lagu yang saya tak jumpa butang pause saya terus je tekan close tab. biar rasa lagi. ha3

 

Blog komen
Pastikan ruangan komen di blog anda tiada word verification sebab benda tu annoying gila kot. Saya benci tapi tak tahu la kalau anda suka. suka ke ? haha. kalau tak suka cepat-cepat setting balik . kasi buang sama itu word verification. Benci la nak kena masukkan tulisan berputar belit terlilit lilit tu kalau nak komne. Nanti salah masuk kena cuba lagi sampai berjaya. ei sakit pulak hati kita nie. =p

 

Blog ringan
Sebelum apa-apa, cuba awak check dulu berat blog awak. saya tak check pun lagi berat blog saya sebab saya rasa blog saya dah ringan kot. kihkih. saya perasan kan. make sure loading blog awak 4-5 saat sahaja. lagi cepat lagi bagus sebenarnya. tadi saya kira loading blog saya 5 saat sahaja. cepat gila. Blog anda berapa saat? mesti 1 minit kan. hihi.

 

Blog widget
Make sure letak widget yang mana perlu sahaja di blog. Jangan letak widget yang mengarut meraban orang tengok pun menyampah. Lagi banyak widget dalam blog, lagi berat blog. lagi lama loading blog. seramnya.

Saturday 12 January 2013

REVOLUSI SEORANG DATO’ SITI NURHALIZA

 

Revolusi seorang Dato’ Siti Nurhaliza. Tajuk nak bombastik je kan. Mestilah. Kalau tajuk cliché sangat mana ada orang nak baca kan. Tidak dinafikan aku juga merupakan antara jutaan peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang. Lagu ‘ kesilapanku keegoanmu’ , ‘ bukan cinta biasa’, ‘ bisakah’, ‘ aku cinta padamu’, dan seumpamanya sering menjadi halwa telinga time bosan-bosan. Jom tengok apa revolusi seorang Dato’ Siti Nurhaliza dari awal pembabitan beliau dalam dunia seni sehingga sekarang.

 

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin(lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato'. Berikut merupakan gambar Siti Nurhaliza dari dulu hingga sekarang.

1995

1996

1997

1998

2002

2004

2005

2007

2010

2011

 

Dato' Siti Nurhaliza

2012

 

DAN YANG TERKINI . HARUSLAH YANG PALING CANTIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

 

2013

 

Tahniah Dato’ Siti dah bertudung litup sekarang. Ini gambar pada sambutan kelahiran beliau ke 34 pada 11 Januari 2013 baru-baru ini. Sekaligus beliau membuat keputusan untuk bertudung litup. Para peminat beliau di luar sana mesti gembira dengan perubahan ini bukan ? Aku pun senyum-senyum je depan laptop bila tengok gambar Dato’ Siti bertudung litup. Memang cantik, menarik , tertarik kau memang daboom. hikhik.

 

Semoga Dato’ Siti istiqomah dalam bertudung litup. Amenn.. Cepat ramai-ramai aminkan. hikhik. =)

 

Sumber

LIRIK LAGU OST DEBUNGA LALANG-DIKALUNG KASIHAN(IMRAN AJMAIN)

 

Lirik Lagu Ost Debunga Lalang-Dikalung Kasihan(Imran Ajmain)

 

Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

ost debunga lalang tv3

LIRIK LAGU OST SETIA HUJUNG NYAWA-SASTERA KUPU-KUPU(MIMIE HARIS)

 

Peminat drama Setia Hujung Nyawa mesti pernah dengar OST Setia Hujung Nyawa-Sastera Kupu-Kupu kan. Lagu rancak, Maafkan Aku-Last Minute dah takde sebab sekarang si El dengan Zain kan gaduh. Dah tak sweet-sweet macam dulu dah. kihkih. Boleh emo tau dengar lagu ini sambil layan El dengan Zain ‘berperang’.

 

Lirik Sastera Kupu-kupu : Mimie Haris (Lagu Tema Setia Hujung Nyawa)


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahuli disisi


Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah


Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti


Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang


Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang


Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu

ost setia hujung Nyawa Sastera Kupu-Kupu

Friday 11 January 2013

Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Litup

Penyanyi Dato` Siti Nurhaliza Kini Sudah Bertudung Litup?
Gambar Dato' Siti Bertudung Litup 

Gambar diambil dari instagram Dato' Siti Nurhaliza Bertudung Litup sangat cantik. Semoga Dato' Siti mengekalkan imej bertudung litup seperti ini. Benarkah Dato' Siti sudah bertudung litup ? Kita tunggu jawapan dari tuan empunya badan. 


Oh, selamat hari lahir juga kepada Dato' Siti Nurhaliza ke -34 pada 11 Januari 2013 semalam. Terlambat wish. hehehe =p